loading...
loading...
Dalam sebuah hadis yang di
riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya
para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung,
anjing dan orang yang junub”
Dalam hadits yang lain
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila seekor anjing minum
dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.” Sahih:
Dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari –
hadis no: 172 (Kitab Wudhu, Bab jika anjing minum daripada bekas air)
Dalam riwayat-riwayat lain
diterangkan bahawa salah satu basuhan hendaklah bersama dengan tanah.
Sebahagian riwayat menyebut basuhan kali pertama, sebahagian lagi kali terakhir
dan sebahagian lagi kali ke-lapan. Yang rajih (kuat) adalah basuhan kali
pertama kerana sifat riwayat-riwayatnya. [Ibn Hajar al-‘Asqalani – Fath al-Bari
bi Syarh Shahih al-Bukhari (tahqiq Bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut), jld. 1, ms.
369-370 dan al-Albani – Irwa’ al-Ghalel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil
(Maktab al-Islami, Beirut 1985), jld 1, ms 62.]
Sabda Rasullah S.A.W yang
bermaksud: “Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan
salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak
tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Maksud hadis di atas ialah
jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu
dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak.
Air liur kepunyaan anjing
mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada
manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau
bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak.
Jika air liur anjing pun
anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing
jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti
penyakit sama seperti air liur anjing.
Hukum yang berkait dengan
najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada
sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran, tidak akan jumpa dalilnya.
Bagi orang Islam sumber
syariah selain daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma
ulama. Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan, perkataan dan hal yang
didiamkan oleh Rasulullah SAW.
Kedudukan sunnah Nabawiyah
adalah sama dengan Al-Quran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt
juga, Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis, Qias dan Ijma adalah hukum
yang sah dan wajib diterima pakai di sisi syariat Islam.
Kenapa Babi Haram Dimakan?
Islam telah melarang segala
jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang
tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi
kesIhatan manusia, bersifat racun.
Dengan kata lain uric acid
sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna
yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia,
senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh,
dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.
Dalam Islam dikenal
peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang
Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan
membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh.
Dengan cara ini menyebabkan
kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada
organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak
dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam
urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan
tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa
kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.
Apakah kita tahu kalau babi
tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang
muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan
manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher.
Ilmu kedoktoran mengetahui
bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya,
sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric
acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.
Allah Sudah Jelas Telah
Mengharamkan Babi
a. QS. Al Baqarah (2) : 173
b. QS. Al Maa’idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115
Menggunakan babi hukumnya
haram, baik atas daging, lemak, maupun bahagian-bahagian lainnya. Firman Allah
SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi.
Demikian juga dengan
firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah,
dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas,
yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.
Al-Quran menggunakan kata
lahma (daging) kerana sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah
daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an
menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh
tubuh haiwan babi.
Pandangan ini sesuai dengan
kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang
disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya. Bahawa daging babi mengandung
cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata
tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi.
Lemak babi mengandungi
kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak haiwan lainnya. Darahnya
mengandungi asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yang jika
terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia.
Sudah menjadi pengetahuan
umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan
beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.
Hikmah diharamkannya daging
babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli
kesihatan modern. Mereka mengatakan bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan
bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana.
Pandangan ini sungguh
menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya.
Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia
mengetahui.
sumber : nasihatmuslimin.
BACA JUGA :
- Banyak Minum Air Putih Bisa Turunkan Berat Badan?
- Mau Menurunkan Berat Badan? Cobalah Segelas Ramuan Ini
- HEBOH !! mobil imut 4 penumpang ini di banderol hanya seharga 23 juta an, kabarnya sudah beredar di INDONESIA
- Banyak Minum Air Putih Bisa Turunkan Berat Badan?
- Mau Menurunkan Berat Badan? Cobalah Segelas Ramuan Ini
- HEBOH !! mobil imut 4 penumpang ini di banderol hanya seharga 23 juta an, kabarnya sudah beredar di INDONESIA
loading...