loading...
loading...
Tips Mendapatkan Rahim & Faraj Yang Sihat!!!
=================================
Post kali ini khas untuk kaum HAWA!! Tolong jangan ketawa
yer!!
1. Mandi serum
Adalah mandi herba. Biasanya mandian ini dilakukan oleh
wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk
buat.
Daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk
dibuat mandian. Antara daunnya adalah:
– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
– Daun kunyit
Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun
tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit.
Mandi serum paling mudah yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda
sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak cuba dan
rasakannya sendiri. Ala-ala spa tradisional gitu.
2. Bertangas
Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti
tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang, wapkan saja faraj anda dengan wap dari
bahan tangas selama 20-30min.
Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah
sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita
yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di
halakan pada faraj.
Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang
dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari
batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.
Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk
mendapatkan keadaan faraj yang bersifat ummphh. Segala mak nenek toksin akan
keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.
Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih+manjakani.
Tangas kering pula manjakani+kunyit+halia+ halba+perahan limau.
3. Rendaman faraj
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba.
Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani. Tunggu air tu suam. Jangan
direndam pula faraj tu masa air tengah berasap. Rendaman faraj dan tangas ini
sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh
merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk
melakukan kedua aktiviti ini.
4. Meruang
Bagi saya ini kalau tak buat memang menempah masalah. Umpama
longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam
lubang faraj kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa
haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama-lama timbullah lendir yang
berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang ni adalah aktiviti membersihkan
lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.
Banyak kebaikkan dari meruang ni. Nak tahu rahim jatuh atau
tak meruanglah. Nak tahu faraj grip atau tak meruanglah. Nak tahu dah boleh
mandi wajib ke belum, meruang juga lah.
Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang
banyak atau tak? Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan
faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah.
Sumber : asamgaramnet
BACA JUGA :
- Banyak Minum Air Putih Bisa Turunkan Berat Badan?
- Mau Menurunkan Berat Badan? Cobalah Segelas Ramuan Ini
- HEBOH !! mobil imut 4 penumpang ini di banderol hanya seharga 23 juta an, kabarnya sudah beredar di INDONESIA
- Banyak Minum Air Putih Bisa Turunkan Berat Badan?
- Mau Menurunkan Berat Badan? Cobalah Segelas Ramuan Ini
- HEBOH !! mobil imut 4 penumpang ini di banderol hanya seharga 23 juta an, kabarnya sudah beredar di INDONESIA
loading...