loading...
loading...
Apabila kepimpinan kaum
kuffar dan mereka yang bersekongkol dengannya ketika ini terasa begitu
mencengkam dan menyakitkan, ingatlah selalu bahawa di dunia ini tidak ada
perkara yang berterusan dan abadi.
“Muncul fasa Kenabian di
tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika
Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj
(cara/metod/sistem) Kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah
mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Raja-raja yang
menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika
Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Penguasa-penguasa yang memaksakan
kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika
Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj
(cara/metod/sistem) Kenabian. Kemudian Nabi saw diam.” (HR Ahmad)
Fasa I: Kenabian
Di fasa ini umat Islam
mengalami perjuangan selama 13 tahun sewaktu di Makkah sebelum hijrah ke Madinah
di bawah kepimpinan orang-orang kafir dan 10 tahun berjuang di Madinah sesudah
hijrah dari Makkah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad saw yang memimpin
masyarakat terus di bawah bimbingan Allah melalui Kitabullah, Al-Qur’an Al
Karim.
Jadi di fasa pertama
perjalanan sejarah umat Islam terjadi dua keadaan yang sangat berbeza. Pada
separuh fasa pertama Nabi saw dan para sahabat mengalami keadaan di mana yang
memimpin ialah kaum kafir musyrik.
Sehingga generasi awal umat
ini mengalami kekalahan yang menuntut kesabaran luar biasa untuk bertahan
menghadapi sikap hidup jahiliyah yang berlaku.
Namun pada separuh kedua fasa
pertama ini, sesudah hijrah ke Madinah, kaum muslimin semakin hari semakin
kukuh kedudukannya sehingga Allah takdirkan mereka menikmati kejayaan di tengah
masyarakat jazirah Arab sehingga kaum musyrikin Arab pada masa itu akhirnya
tunduk kepada kepimpinan orang-orang yang beriman.
Fasa II: Kekhalifahan
Mengikut Manhaj (Cara/Sistem) Kenabian
Di fasa ini, umat Islam
menikmati 30 tahun kepimpinan para Khulafa’ Ar-Rasyidin terdiri dari para
sahabat utama iaitu Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Al Khattab, Uthman bin
Affan dan Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhum ajma’iin.
Sepanjang fasa ini boleh
dikatakan umat Islam mengalami masa kejayaan, walaupun sejarah mencatat pada
masa kepimpinan khalifah Uthman dan Ali, sudah mula muncul gejala pergolakan
sosial-politik di tengah-tengah masyarakat yang mereka pimpin.
Namun, secara umum boleh
dikatakan bahawa orang-orang yang berimanlah yang memimpin masyarakat. Hukum
Allah tertegak dan hukum jahiliyah buatan manusia tidak berlaku.
Fasa III: Raja-raja Yang
Menggigit
Di fasa ini, umat Islam
menikmati selama 13 abad kepimpinan orang-orang yang beriman. Para pemimpin
pada masa itu digelar khalifah. Sistem sosial dan politik yang berlaku disebut
Khilafah Islamiyah berdasarkan hukum Al-Qur’an dan As-Sunnah An-Nabawiyyah.
Namun mengapa Nabi saw menyebutnya sebagai fasa para raja-raja?
Ini kerana apabila seorang
khalifah wafat maka yang menggantinya mestilah keturunannya. Demikianlah
seterusnya. Ini berlaku samada pada masa kepimpinan Daulah Bani Umayyah, Daulah
Bani Abbasiyah mahupun Kesultanan Usmaniah Turki.
Walaubagaimanapun, umat Islam
masih boleh dikatakan mengalami masa kejayaan, kerana para Khalifah di fasa
ketiga merupakan Raja-raja yang Menggigit, ertinya masih “menggigit” Al-Qur’an
dan As-Sunnah.
Namun, tidak sama dengan
kepimpinan para Khulafa Ar-Rasyidin sebelumnya yang masih “menggenggam”
Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Ibarat mendaki bukit,
tentulah lebih selamat dan pasti bila tali digenggam daripada digigit tetapi
secara umumnya di fasa ketiga ini, Hukum Allah tertegak dan hukum jahiliyah
buatan manusia tidak berlaku.
Fasa IV: Raja-raja atau
Penguasa Yang Memaksakan Kehendak (Diktator)
Sesudah berlalunya fasa
ketiga pada tahun 1924, mulalah umat Islam menjalani fasa di mana yang memimpin
adalah penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak mereka.
Inilah fasa di mana kita hidup
sekarang. Kita menyaksikan bahawa para penguasa di era moden ini memimpin
dengan memaksakan kehendak mereka sambil melupakan dan mengabaikan kehendak
Allah dan RasulNya.
Samada pemerintahan itu
disebut republik mahupun kerajaan beraja, suatu perkara yang pasti ialah semua
yang berkuasa tidak mengembalikan urusan kehidupan sosial bermasyarakat dan
bernegara kepada hukum Al-Qur’an dan As-Sunnah An-Nabawiyyah.
Manusia dipaksa tunduk kepada
sesama manusia dengan memperlakukan hukum buatan manusia yang penuh dengan
keterbatasan dan kepentingan peribadi seraya mengabaikan hukum Allah Yang Maha
Adil.
Hukum jahiliyah buatan
manusia dilaksanakan dan tegak di mana-mana sedangkan hukum Allah ditinggalkan
dan tidak diambil berat.
Maka kita dapat simpulkan
bahawa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan
bagi orang-orang yang beriman.
Inilah fasa yang paling mirip
dengan separuh pertama fasa pertama di mana Nabi saw dan para sahabat berjuang
di Makkah sementara kekuasaan jahiliyah kaum kafir musyrik mendominasi di
tengah-tengah masyarakat.
Dunia menjadi porak peranda
di samping sarat dengan pelbagai fitnah. Nilai-nilai jahiliah moden mendominasi
kehidupan. Para penguasa mengurus masyarakat bukan dengan bimbingan wahyu Ilahi
melainkan hanya berdasarkan hawa nafsu peribadi dan kelompok.
Dalam fasa inilah tertegaknya
Sistem Dajjal. Pelbagai cabang kehidupan umat manusia diatur dengan nilai-nilai
Dajjal.
Setiap urusan dunia
dikelolakan dengan nilai-nilai materialisma, liberalisma dan sekularisma dalam
semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya, media,
pendidikan, undang-undang, keselamatan, ketenteraan malah keagamaan.
Masyarakat kian dijauhkan
dari pola hidup berdasarkan manhaj Kenabian.
Nabi saw bersabda meramalkan
bahawa tidak ada fitnah yang lebih dahsyat semenjak Allah swt menciptakan
manusia pertama sehingga datangnya hari Kiamat selain fitnah Dajjal.
“Allah tidak menurunkan ke
muka bumi (sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat) fitnah yang lebih
dahsyat dari fitnah Dajjal.” (HR Thabrani)
Umat Islam yang menjalani
fasa keempat ketika ini mesti mempersiapkan diri untuk menghadapi kemunculan
fitnah paling dahsyat iaitu fitnah Dajjal.
Hidup di fasa keempat, iaitu
fasa kepimpinan para “Mulkan Jabriyyan” (para penguasa yang memaksakan
kehendak), merupakan hidup yang penuh cabaran.
Pada fasa ini Allah
memberikan giliran kepimpinan umat manusia kepada pihak kuffar. Allah menguji
kesabaran kaum muslimin menghadapi kepimpinan para penguasa yang memaksakan
kehendak mereka serta mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya.
Sistem hidup yang mereka
tawarkan merupakan sistem yang jauh dari nilai-nilai keimanan bahkan didominasi
oleh nilai-nilai kekufuran.
Inilah zaman yang sarat
dengan fitnah. Keterlibatan seorang muslim dalam aspek kehidupan moden manapun
sangat berpotensi untuk mendatangkan dosa bagi dirinya. Rangkaian fitnah yang
sedemikian hebat akan mencapai kemuncaknya kepada puncak fitnah iaitu ‘Fitnah
Dajjal’.
Barangsiapa yang sanggup
menyelamatkan dirinya dari rangkaian fitnah sebelum munculnya ‘Fitnah Dajjal’
akan berpeluang untuk selamat pula pada ketika munculnya ‘Fitnah Dajjal’.
Demikianlah peringatan Nabi
saw: “Suatu ketika hal ehwal Dajjal dibicarakan di hadapan Rasulullah saw.
Kemudian Nabi bersabda: “Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu lebih aku
takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seorang yang boleh selamat dari rangkaian
fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal). Dan
tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil mahupun besar)
kecuali dalam rangka menyongsong kedatangan fitnah Dajjal.” (HR Ahmad)
Demikian pula sebaliknya,
barangsiapa ketika rangkaian fitnah dalam pelbagai dimensi kehidupan manusia
sedang menjadi gejala kemudian dia terjebak ke dalamnya, maka dikhuatiri pada
ketika puncak fitnah muncul, dia akan terjebak pula untuk menjadi pengikut
malah menjadi hamba Dajjal, Na’udzubillahi min dzaalik.
Ramai manusia dewasa ini yang
tidak peduli akan puncak fitnah yang bakal datang di akhir zaman. Pada mereka,
Dajjal menjadi fenomena yang dianggap sekadar ‘mitos’.
Malah, ramai yang menganggap
Dajjal tidak ada sehingga ramai pula manusia yang melupakannya dan tidak pernah
peduli untuk membincangkannya.
Ketika pengabaian ini berlaku
di kalangan orang awam, ia sudah menjadi suatu masalah. Namun realitinya lebih
jauh daripada itu.
Bahkan kita menyaksikan
ketika ini, para pemberi peringatan seperti para mubaligh, penceramah, ustaz
dan kebanyakan ulama’ tidak lagi peduli untuk memperingatkan umat akan bahaya
‘Fitnah Dajjal’
Padahal apabila kedua gejala
ini sudah mulai tersingkap, maka Nabi saw justeru mengatakan bahawa pada saat
seperti itulah Dajjal bakal keluar.
“Dajjal tidak akan muncul
sehingga manusia melupakannya dan para Imam meninggalkan untuk mengingatkannya
di atas mimbar-mimbar.” (HR Ahmad).
Umat Islam sudah menjalani
fasa keempat ini selama hampir 100 tahun sejak runtuhnya Khilafah Islamiyyah
terakhir. Ini merupakan era paling kelam dalam sejarah Islam di Akhir zaman.
Laa haula wa laa quwwata illa billah.
Perkembangan terkini di
sesetengah negara Arab memberi petunjuk bahawa sudah berlaku kesedaran massa ke
arah kehidupan Islam yang sebenar dan fasa keempat ini lambat laun akan
berakhir jua.
Fasa V: Kekhalifahan Mengikut
Manhaj (Cara/Sistem) Kenabian
Walau bagaimanapun, kita
melihat keadaan umat Islam dewasa ini masih mengalami kekalahan dan kaum kafir
dan mereka yang bersekongkol dengannya mengalami kejayaan.
Namun, kita wajib bersikap
optimis dan tidak berputus-asa kerana dalam hadits ini Nabi saw mengisyaratkan
bahawa sesudah fasa kekalahan umat Islam akan datang fasa kejayaan kembali
iaitu fasa kelima di mana bakal tegak kembali kepimpinan orang-orang yang
beriman dalam bentuk Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/ sistem) Kenabian.
Marilah kita pastikan diri
kita termasuk ke dalam barisan umat Islam yang sibuk mengusahakan tertegaknya
fasa kelima tersebut.
Jangan hendaknya kita
terlibat dalam pelbagai program dan aktiviti yang memperkukuhkan fasa keempat
atau fasa kepimpinan kaum kuffar di era moden ini.
Yakinlah kita bahawa di sana
ada “Sunnah At-Tadaawul” (Sunnatullah dalam hal pergantian giliran kepimpinan).
Apabila kepimpinan kaum
kuffar dan mereka yang bersekongkol dengannya ketika ini terasa begitu
mencengkam dan menyakitkan, ingatlah selalu bahawa di dunia ini tidak ada
perkara yang berterusan dan abadi.
Semuanya bakal silih berganti
dan hanya masa yang menentukannya sesuai dengan usaha-usaha maksima umat Islam
yang bertepatan dengan kehendak Allah swt.
“Ya Rabb kami, tuangkanlah kesabaran ke atas diri kami, dan
kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir”. (QS
Al-Baqarah: 250)
Ya Allah, jadikanlah kami
sebahagian dari golongan mereka-mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula
kegemilangan fasa kelima iaitu fasa kekhalifahan mengikut Manhaj Kenabian.
Selamatkanlah kami dari
rangkaian fitnah yang berlaku di fasa keempat ini yang akan mencapai
kemuncaknya apabila keluarnya puncak fitnah iaitu Dajjal. Amiin..
Wallahua’lam.
Sumber:
didakwah.blogspot.co.id
BACA JUGA :
- Banyak Minum Air Putih Bisa Turunkan Berat Badan?
- Mau Menurunkan Berat Badan? Cobalah Segelas Ramuan Ini
- HEBOH !! mobil imut 4 penumpang ini di banderol hanya seharga 23 juta an, kabarnya sudah beredar di INDONESIA
- Banyak Minum Air Putih Bisa Turunkan Berat Badan?
- Mau Menurunkan Berat Badan? Cobalah Segelas Ramuan Ini
- HEBOH !! mobil imut 4 penumpang ini di banderol hanya seharga 23 juta an, kabarnya sudah beredar di INDONESIA
loading...